Friday, September 6, 2013

Antara sifat terpuji Muhammad Rasulullah ialah sentiasa bersangka baik pada manusia & 
Allah S.W.T @ Positive presumption to human & ALLAH S.W.T is a character or 
quality of Prophet Muhammad Rasulullah S.A.W



Wednesday, May 18, 2011

Khasiat buah mentimun

Untuk wajah yang tumbuh bintik-bintik hitam bekas jerawat.Ambil buntut mentimum lalu parut sepanjang 3-4 inci.Ambil kunyit sebanyak 4 buku kira-kira sebesar ibu jari .Kunyit itu ditumbuk untuk diambil airnya.Kemudian air kunyit itu dicampurkan dalam mentimum yang sudah diparut itu.Kemudian sapukanlah ke muka tiap-tiap hari. Dengan izin allah, bintik-bintik hitam bekas jerawat itu akan hilang.

Monday, January 4, 2010

Demam kuning

Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

Kencing manis

Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya. .


.

Lemah jantung dan darah tinggi

Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

Bisa-bisa tulang

Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

Sakit siplis

Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.